3 Masjid Terpenting yang Wajib dilawati di Jepun

Ramai orang kata mengembara ini merupakan cabaran untuk kita merasai pengalaman berada luar dari zon selesa , memang betul dan tidak dinafikan sebab itu sebelum memulakan satu perjalanan atau nak pergi mengembara kita kena membuat persediaan yang lengkap dan rapi supaya segala cabaran dan halangan yang kita akan lalui semasa mengembara tersebut kita kan dapat lalui dengan mudah.

Sebagai seorang muslim yang beriman dan beramal soleh dan juga seorang pengembara kita seharusnya mengambil berat pertama sekali adalah solat. Dimana mana pun kita pergi dan dimana pun kita berada “SOLAT IS NUMBER 1”

Solat ini adalah perkara wajib dan dan dituntut pada semua orang islam untuk dilaksanakan kecuali bagi mereka yang uzur. Dan tiada keuzuran bagi seorang mengembara boleh “travel” takkan tak boleh solat kannn.

Dan cabaran solat ini akan lebih mencabar jika kita pergi ke negara-negara bukan islam contohnya di Jepun.

Oleh itu disini saya akan kongsikan 3 masjid-masjid terpenting di jepun yang patut kita tahu sebelum travel ke Negara Jepun.

1 . MASJID KOBE

MASJID KOBE

Masjid Kobe adalah masjid pertama yang siap dibina di Jepun pada tahun 1935. Masjid ini telah dibina dengan dana yang dikumpulkan oleh masyarakat muslim di Kobe, dan masjid ini mengambil masa lebih kurang 7 tahun untuk disiapkan sepenuhnya bermula pada tahun 1928. Masjid ini terletak di Kitani Cho ,Kobe anda semua boleh ambil train yang turun di Sannomiya Stesen dan jalan kaki lebih kurang 800 meter untuk sampai ke masjid tersebut. Yang menariknya salah seorang imam di masjid ini adalah orang Malaysia yang belajar di Madrasah Sri Petaling dan dihantar ke Jepun untuk menjadi salah seorang imam disini. Di sekitar Masjid Kobe ini terdapat kedai kedai yang halal iaitu kedai runcit yang menyediakan barang halal seperti ayam, daging, kambing serta rempah ratus masakan, dan terdapat juga restoran india muslim yang halal anda boleh menikmati roti cappati, nasi briyani dan kari ayam yang sangat sedap dan sangat disarankan untuk cuba .

KITANO GROCERIES, KOBE
NAAN INN, KOBE

            

TOUR LEADER JOMVENTURES BERSAMA CHEFF NAAN INN

2 . TOKYO CAMII

TOKYO CAMII, SHIBUYA

Masjid Tokyo Camii iaitu masjid yang berkonsepkan seni bina Turki Uthmaniah. Masjid ini merupakan antara masjid-masjid yang terawal dibina di Jepun dan dikatakan Masjid Tokyo Camii merupakan masjid kedua yang dibina selepas Masjid Kobe. Masjid Tokyo Camii ini telah dibina oleh komuniti islam di Tokyo yang telah bermigrasi disini. Masjid ini telah dibina pada tahun 1930.

Masjid Tokyo Camii bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat sahaja malahan ianya menjadi “Islamic Centre” untuk rakyat jepun yang ingin tahu tentang islam. Pelbagai kuliah-kuliah agama telah dibuka khas untuk rakyat jepun mengenali agama islam , dan kuliah agama ini diadakan di dalam masjid ini iaitu ditingkat bawah.

Terdapat juga “HALAL SHOP” disediakan di tingkat bawah masjid ini untuk memudahkan masyarakat muslim di Tokyo membeli barangan halal disana. Barangan yang dijual kebanyakkan adalah barangan halal yang diimport dari Indonesia, India, Turki. Kemudahan yang dibina di masjid ini sangat membantu masyarakat muslim jepun dalam meneruskan cara hidup muslim di Bandar Metroplis Tokyo ini.


HALAL SHOP, MASJID TOKYO CAMII


3 . ASSALAAM MASJID

Assalaam Masjid ini adalah antara masjid masjid yang baru dibina di Tokyo. Masjid ini dibina pada tahun 2011 oleh “Assalaam Foundation” dan masjid ini juga dibina sebagai “Islamic Centre” untuk rakyat jepun yang berminat untuk lebih kenal tentang islam. Masjid ini mempunyai kemudahan yang serba lengkap untuk memudahkan masyarakat muslim di sini selesa untuk menunaikan ibadah. Semasa admin datang ke sini mereka dalam perancangan untuk memperbesarkan kawasan masjid ini supaya dapat menampung lebih ramai lagi jemaah muslim disini untuk bersolat.

Kesimpulannya Negara Jepun kini bukan lagi seperti dahulu , yang mana kita sedia maklum dahulunya Jepun ini adalah negara yang sangat susah nak jumpa masjid dan tempat solat. Kerajaan Jepun kini telah mengamalkan sifat keterbukaan bagi semua rakyatnya untuk mengamalkan agama dan budaya yang berbeza. Buktinya kita boleh lihat banyak pusat membeli belah yang menyediakan ruang solat khas untuk orang islam jadi tiada alasan lagi kita sebagai orang islam untuk meniggalkan perintah solat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *