5 SEBAB Negara JEPUN Adalah Negara Yang PALING BERSIH!

Jepun yang dikenali ramai ialah dengan disiplin yang tinggi. Tahukah anda apabila anda pergi melancong ke negara Jepun, terlalu susah untuk anda menjumpai tong sampah. Tidak kisahlah anda ke destinasi pelancong seperti di Dotonbori mahupun Shibuya Crossing di Tokyo, masih sukar untuk menjumpai tong sampah ni. Tapi dalam masa susah untuk anda menjumpai sampah-sampah di tengah jalan! Sangat bersih orang Jepun ini.

 

Kebersihan terjaga di setiap tempat, gambar ini di Shibuya Crossing

Berikut adalah sebab mengapa Jepun adalah diantara negara terbersih di dunia:

1. TONG SAMPAH YANG SANGAT SEDIKIT

– Tong sampah yang sangat sedikit membuatkan rakyat Jepun “responsbility” terhadap sampah yang dibawa. Selalunya mereka akan simpan sampah itu untuk dibuang apabila di pejabat ataupun di rumah.

2. RAKYAT MEREKA AKAN MEMBAWA BEG PLASTIK KE MANA-MANA

– Tujuan mereka membawa beg plastik adalah untuk memastikan sampah itu selamat disimpan didalam beg plastik. Ini juga untuk mengelakkan pembuangan sampah merata-rata.

3. VOLUNTEER PROGRAM UNTUK MEMASTIKAN KEBERSIHAN

– Kesedaran terhadapan kebersihan amat dititik beratkan oleh masyarakat Jepun. Oleh itu, dengan program volunteering membantu untuk membersihkan tempat-tempat yang mempunyai sampah.

4. MENGGUNAKAN TONG KITAR SEMULA DENGAN BETUL

– Tong kitar semula di Jepun senang dilihat apabila berada di kawasan perumahan. Penduduk rumah setempat akan membuang sampah di tong kitar semula dengan membuang pada tempatnya. Dengan ini ia memudahkan pengurusan kutipan sampah dibuat.

5. MEMPUNYAI “HEALTH ENGINEERS” MENGUTIP SAMPAH YANG DIBAYAR GAJI TINGGI

– Pekerja yang mengutip sampah tidaklah dipanggil “pengutip sampah jalanan” tetapi dipanggil Health Engineering. Mereka dibayar gaji yang lumayan untuk memastikan kawasan mereka itu bersih!

Sampah diletakkan pada tong yang betul

 

Anda boleh melihat segala perkara diatas dengan mata sendiri bila anda sampai di Jepun nanti. Mari ikuti pengembaraan bersama kami ke Jepun. Mendalami budaya Jepun dan merasai kehebatan teknologi mereka.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *