“7 FAKTA TENTANG NEW ZEALAND YANG MUNGKIN BELUM DIKETAHUI RAMAI”

Credit : andres-iga by Unsplash

New Zealand merupakan sebuah negara yang terkenal di seluruh dunia dengan keindahan semulajadi nya yang megah, landskap dan panorama yang sangat berbeza dari negara lain. Negara yang menakjubkan ini juga telah menjadi pilihan bagi penggambaran Filem The Lord of The Rings dan juga Filem The Hobbit. Oleh itu, tempat-tempat menarik di New Zealand sememangnya dilindungi dan dipelihara dengan baik bagi menarik perhatian pelancong dari seluruh negara.

Namun, masih terdapat pelbagai perkara yang mungkin tidak diketahui ramai tentang negara yang terletak jauh terpinggir ini. Antara fakta-fakta unik dan menarik yang dapat di kongsikan dalam penulisan pada kali ini :

1. NAMA ASAL NEW ZEALAND

Credit : Worl Toirsm Forum.com

Nama Maori untuk New Zealand iaitu Aoetaroa bermaksud “tanah awan putih yang panjang”. Aotearoa pada mulanya digunakan untuk menggambarkan Pulau Utara, sebelum berkembang menjadi nama Maori rasmi. Terdapat pelbagai penjelasan untuk nama ini dan yang paling popular dalam cerita Maori tradisional adalah dikaitkan dengan idea bahawa ufuk di New Zealand sering diliputi dengan awan putih yang panjang. Negara ini juga kelihatan seperti bentuk awan panjang apabila dilihat dari ruang angkasa.

2. HANYA 5% POPULASI MANUSIA

Credit : iluminasi.com

New Zealand adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang rendah. Secara geografinya, keluasannya adalah 2 kali ganda Semenanjung Malaysia, namun populasinya hanyalah seramai 4.4 juta orang. Malah, yang lebih menariknya, jumlah biri-biri di New Zealand melebihi jumlah manusia. Terdapat kira-kira 6 ekor biri-biri bagi setiap manusia di New Zealand, antara nisbah tertinggi di dunia. Jadi secara teorinya, penduduk di New Zealand tidak akan mati kelaparan.

3. “TANAH KIWI”

Credit : Shutter Stock

Mengapa orang menggunakan perkataan “kiwi” ketika bercakap tentang New Zealand?

Kerana ia merupakan nama kepada sejenis buah yang berbulu (buah kiwi) sama seperti sejenis burung yang tidak boleh terbang iaitu burung kiwi yang banyak ditemui di negara ini. Burung ini memiliki makna yang tersirat bagi penduduk di New Zealand dan nama samaran bagi rakyat juga digelar sebagai “orang kiwi”.

4. TIGA BAHASA RASMI

Credit ; travel.tribunnews.com

Bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling banyak digunakan di New Zealand dan digunakan dalam semua peringkat masyarakat, dari undang-undang ke pendidikan dan kehidupan masyarakat. Bahasa rasmi kedua ialah Bahasa Maori dan bahasa rasmi ketiga ialah Bahasa Isyarat. New Zealand merupakan negara pertama yang menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa rasmi.

5. NAMA TEMPAT TERPANJANG DI DUNIA

Credit : Newzealand.com

New Zealand mencipta rekod sebagai nama tempat yang terpanjang di dunia. “Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipu” meraih Rekod Dunia Guinness sebagai nama terpanjang di dunia. Nama pelik dan unik ini adalah daripada bahasa Maori bermaksud “bukit di mana seorang pahlawan dan pendaki bernama Tamatea mempunyai lutut yang besar dan menguasai wilayah itu memainkan alat muzik seruling di puncak bukit untuk orang yang disayangi”. Namun, penduduk di situ hanya menggelar Bukit Taumata sebagai singkatan agar mudah disebut dan diingati.

6. BUNGEE JUMPING

Credit : The Adventures Junkies

Bungee jumping yang pertama dikomersialkan ialah di Auckland, New Zealand pada tahun 1986. AJ Hackett yang merupakan seorang entrepreneur New Zealand telah mencipta tali bungee elastik (super-stretchy elastic bungy) dan memulakan operasi bungee jumping di Kawarau Bridge di Quennstown. Sejak itu, New Zealand telah dikenali sebagai  “the home of bungy”.

7. NAMA LAIN BAGI GUNUNG EVEREST

Credit: Wallpaper Vista

Gunung Everest mempunyai banyak nama. Orang Tibet menggelar Chomolungma yang bermaksud “Ibu Suci” manakala orang Nepal pula menggelar sebagai Sagarmatha yang bererti “Dewi Syurga”. Nama rasmi dalam bahasa Inggeris telah ditubuhkan pada tahun 1865 oleh Royal Geographical Society berdasarkan cadangan juruukur jeneral dari India iaitu Andrew Waugh.

Artikel ini ditulis oleh Najihah Azli pelajar UITM yang kini sedang menjalankan latihan industri bersama pasukan Jomventures.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *