Kenapa anda perlu sertai kembara bersama Jomventures?
Pelepasan kumpulan kecil
Bagi memastikan kelancaran trip, kami mengehadkan hanya 14-18 orang peserta sahaja setiap trip.
Termasuk tiket penerbangan
Termasuk tiket penerbangan pergi dan balik dengan Airasia X. Elaun bagasi & 'inflight meal' turut tersedia.
Penginapan yang selesa
Kesemua pakej Jepun akan menginap di HOTEL BERTARAF 3 BINTANG. Lebih selesa berbanding hostel / homestay.
Termasuk Breakfast & Dinner
Sarapan pagi (Breakfast) disediakan di hotel. Juga turut tersedia makan malam (Dinner) bagi memudahkan peserta.
Halal / Muslim tour
Kami ambil berat kehedak syarak dan citarasa Malaysia. Pastinya aspek makanan halal dan solat yang terjaga.
Pengembaraan sebenar
Anda akan dibawa tempat lawatan sebenar, bukannya ke 'kedai komisyen' atau 'kedai paksa beli'.
Kenapa anda perlu sertai kembara bersama Jomventures?
-
Very helpful tour guide. Recommended.
Nazta'in Huzna
7/24/2018Awesome experience. Tip top services and value for money. Strongly suggest to join Jom Ventures for your next holiday trip.
Salimah Mokhtar
7/30/2018Assalamualaikum.Salam sejahtera.Kembara bersama Jomventures amat berbaloi.Terima kasih kpd tour guide En Kamarul di atas layanan & bantuan.Wonderful trip.Disamping team yg ceria & sporting.Akan menjadi kenangan & memori indah di hati, Sakura 🌸.Sampai jumpa lg.Semoga Jomventures akan lebih maju & mempelbagaikan pakej2 menarik yg lain.
Mazlinda Kasrat
4/06/2019 -
Tahniah dan terima kasih pada team jomventures exploration atas perkhidmatan/servis yang terbaik dan cemerlang. Rating 9.5/10. Trip Tokyo-Osaka 6D5N amat seronok dan padat dengan kunjungan lokasi yang disediakan. Sentiasa menepati waktu. Solat dijaga. Terima kasih pada team guide, Mr Kamarul yang sentiasa cuba sedaya upaya memenuhi setiap permintaan ahli team serta tak berhenti dari celotehnya. Suasana ceria. InsyaAllah akan menggunakan perkhidmatan ini pada masa akan datang. TERBAIK!
Siti Rogayah Mohd Din
12/25/2019My trip with hubby to Tokyo- Osaka 3-8 April 2019 was a memorable one. My experience with Jomventures since registration was superb. Fast response, detail guidance and very helpful. Our TL Mr Kamarul has done a good job and be very patient with us who were crazy taking photos with sakura but at the same time was trying hard to control time per schedule. Hope jomventures will be more success in future with more routes to offer..
Raja Nor Siha
4/14/2019tour guide memang terbaik. friendly dan gifted ���
Naziirul Mubiin
1/27/2018 -
Pencutian saya bersama suami & anak perempuan bersama Jomventures utk trip Swiss , Austria & Germany dari 22-31/10/19 amatlah menyeronok kan dan tidak dapat dilupakan. Tour leader & team sangat banyak membantu terutama dengan keadaan saya yg tidak dpt berjln jauh. Semoga JV akan terus sukses. Kami akan terus menyokong JV dan tidak sabar utk menyertai trip dgn JV utk trip yg akn dtg. 5 bintang utk JV . .
Sazlina Mohamed
11/01/2019Percutian ke osaka di musim panas sangat menyeronokkan. Tour guide yg mesra & berpengalaman. Tq hassan & mohd utk percutian kami.
Siti Nur Aliaa Roduan
11/13/2019Terimakasih Jomventures. Kami sgt berpuas hati dgn trip ke Tokyo dan Osaka br2 ni. Tour guide yg supporting dan blh dibawa berbincang. Looking forward for another trip with Jomventures.���
Suriani Mohd Isa
4/22/2018 -
Alhamdulillah trip yg sgt best....terima kasih sgt pd tour leader kami en kam dan jg pihak jomventures exploration kerana memberi servis yg terbaik dan sgt memuaskan hati kami... tempat tinggal 👍 makanan halal 👍 tempat lawatan 👍 tour leader 👍 jomventures exploration mmg sgt highly recommended...in sha Allah kami akan repeat lgi utk trip akan dtg 😃
Zety Fairuz
12/26/2019Alhamdulillah..percutian sy bersama ke Hokkaido bersama suami pd 23- 28 julai lalu sgt menyeronokan.. layanan team jomventures sgt mesra umpama percutian bersama keluarga... Penginapan yg selesa... Makanan halal yg sedap.. 'Jomventures...jommm cutiii lagi..'
Rozidah Othman
8/03/2019Service terbaik, tour guide mahir dalam selok-belok kehidupan di Turki. Insya allah kedatangan anda akan bermakna dan berbaloi bersama mereka 🙂
Thalhah Hazni
1/20/2018 -
Alhamdulillah percutian yang sangat ohsem😍😍😍😍percutian kmi sgt teratur dan lancar dgn bantuan tour guide,En. Kamarul yg sgt sporting n brpengalaman..en kamarul bijak suai aturkn lokasi lawatan mngikut kehendak kmi..geng2 dlm grup pn sgt best n mbantu..bersyukur dpt knal n dpt ahli grup yg memahami,wlaupun kmi ade ank kecil..tq juga pd En. Hassan yg sntiasa bkgsi byk mklumat sbg persediaan utk kmi sblum terbang k Jepun..travel kit n sgala mklumat yg dibekalkn sgt bguna bt kmi yg 1st time k luar negara..Jomventures Exploration mnjnjikan percutian yg mnarik n lancar dgn pengalamn yg sgt berharga..kami skluarga sgt enjoy dgn trip n berharap ade rzki lg utk join jomventures k trip negara lain..Saya bg 5 ⭐⭐⭐⭐⭐
Anis Kawasaki
12/15/2018It was an unforgettable experiences for our family during this trip (tokyo-osaka). Thank you for the best services before, during and after the trip. Besides, we were thankful for giving us useful tips so that we could prepare everything during the trip. It’s really helpful for us since it was our first time going to 🇯🇵. It is recommended to all to join their trip.Overall it was awesome and mr hassan really did a good job as a tour guide.
Syazwani Majid
2/11/2019Terboekkkk dapat berjalan bersama merekaaa ������
'Ammar Mustapha
1/20/2018
HOKKAIDO, JEPUN
Alami keindahan alam semula jadi di wilayah paling utara di Jepun. Hokkaido terkenal dengan pelbagai aktiviti sukan musim sejuk. Juga terkenal dengan keindahan banjaran gunung dan tasik yang mendamaikan. Pada bulan Julai – Ogos, Hokkaido sangat terkenal dengan hamparan ladang bunga lavender yang bukan sahaja sejuk mata memandang, bahkan keharuman aroma bunga itu sendiri. Jom ke Hokkaido bulan Julai nanti dan berpeluang melakukan aktiviti ‘fruit picking’ seperti buah ceri dan apple.
Pengangkutan Van / MPV
Menggunakan van / MPV sewa khas yang pastinya memberikan lebih keselesaan & sesuai untuk semua peringkat umur.
Hotel 3 Bintang
Kesemua pakej Jepun akan menginap di HOTEL BERTARAF 3 BINTANG. Lebih selesa berbanding hostel / homestay.
Pelepasan kumpulan kecil
Bagi memastikan kelancaran trip, kami mengehadkan hanya 12-14 orang peserta sahaja setiap trip.
HARI 1 : KUALA LUMPUR – SAPPORO
Penerbangan malam dari Kuala Lumpur (KLIA2) ke Sapporo New Chitose (CTS). *masa penerbangan akan dimaklumkan kemudian.
HARI 2 : SAPPORO
Mulakan lawatan ke bandar Sapporo seperti Odori Park, Sapporo TV Tower & Sapporo Clock Tower. Kemudiannya membeli belah di Tanukikoji Shopping Arcade. Bermalam di Sapporo.
HARI 3 : SAPPORO – OTARU
Di Otaru ini anda berpeluang menaiki Otaru Canal Cruise berlatar bangunan lama yang indah. Juga lawatan ke Otaru Aquarium, Music Box Museum, Otaru Aquarium dan Sakaimachi Shopping Street. Bermalam di Sapporo
HARI 4 : FURANO – BIEI
Hari ini perjalanan ke Furano menaiki Van/MPV sewa khas. Furano ini terkenal dengan ladang-ladang bunga Lavender yang dituai sekitar bulan Julai – Ogos. Antara ladang yang akan di lawati adalah Farm Tomita di kawasan Kamifurano. Juga singgah di Tasik Biru (Biei) dan lawatan ringkas ke bandar Asahikawa. Bermalam di Sapporo.
*NOTA : Untuk musim bunga sahaja. Pada musim sejuk, lawatan di tukar ke Ski Resort untuk aktiviti bermain salji / ski.
HARI 5 : NOBORIBETSU – LAKE TOYA
Hari ini perjalanan ke kawasan selatan Sapporo menaiki Van/MPV sewa khas. Destinasi pertama adalah Noboribetsu yang merupakan kawasan gunung berapi. Di sini terdapatnya Jogokudani (Hell Valley), Yuzawa Shrine, Cable Car dan Bear Park yang menarik untuk diterokai. Perjalanan pulang ke Sapporo, melalui Lake Toya yang sunggu indah di kala senja. Jalan yang dilalui ini adalah ‘scenic route’ yang cantik dengan banjaran gunung. Anda juga berpeluang melakukan aktiviti ‘fruit picking’ seperti buah cherry dan lain-lain. Bermalam di Sapporo.
HARI 6 : SAPPORO – KUALA LUMPUR
Check-out penginapan & perjalanan menuju ke Airport. Penerbangan Sapporo New Chitose (CTS) – Kuala Lumpur (KUL). *masa penerbangan akan dimaklumkan kemudian.
PAKEJ TERMASUK
- SMALL GROUP TOUR : Maksimum 14-18 peserta sahaja
- PENERBANGAN : Pergi & balik dengan Airasia X. Termasuk bagasi 20kg, makanan dalam penerbangan. Kuala Lumpur KLIA2 (KUL) – Sapporo Chitose (CTS).
- PENGANGKUTAN : Van / MPV sewa khas sepanjang trip.
- PENGINAPAN : Hotel bertaraf 3 BINTANG (4 malam di Sapporo)
- SARAPAN & MAKAN MALAM DISEDIAKAN
- PERCUMA! Insuran lawatan
- PERCUMA! T-shirt ekslusif ‘Kita Pengembara’
- TOUR LEADER (Melayu )
TIDAK TERMASUK
- BAYARAN MASUK : Hampir semua tempat lawatan adalah masuk percuma.
- MAKAN : Makan tengah hari (Lunch) di restoran Halal / Street Food
HARI 1 : Kuala Lumpur KLIA2 (KUL) – Sapporo Chitose (CTS) [bertolak malam]
HARI 6 : Sapporo Chitose (CTS) – Kuala Lumpur KLIA2 (KUL) [bertolak pagi]
- Masa penerbangan akan dimaklumkan kemudian.
- Jika tiada pilihan penerbangan, penerbangan transit FLY THRU melalui Bangkok Don Mueang (DMK).
TRIP | MUSIM / CUTI | TARIKH | HARGA | STATUS |
---|---|---|---|---|
Hokkaido 6H4M | Cuti sekolah | 24-29 Mac 2019 | RM4970 | TUTUP |
Hokkaido 6H4M | Bunga | 23-28 Apr 2019 | RM5370 | TUTUP |
Hokkaido 6H4M | Lavender / Panas | 16-21 Jul 2019 | RM5570 | TUTUP |
Hokkaido 6H4M | Lavender / Panas | 23-28 Jul 2019 | RM5570 | TUTUP |
Hokkaido 6H4M | Luruh | 8-13 Okt 2019 | RM5570 | TUTUP |
Hokkaido 6H4M | Luruh | 15-20 Okt 2019 | RM5570 | TUTUP |
Anda akan dihubungi dalam masa 24 jam. Tidak perlu buat bayaran sekarang.
Kelebihan tempahan secara online :
Sila lengkapkan maklumat berikut :
Alamat
Aku Dan Istanbul Travel & Tours Sdn Bhd, No. 29B Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Pejabat
10:00 pagi – 4:00 petang
Isnin – Jumaat
(Cuti pada hari Sabtu & Ahad)
Hubungi Kami
Hotline : 03-5524 3675
Whatsapp : 013-458 5642
Email: ask@jomventures.com