Info menarik mengenai gua paling dalam di Georgia

Georgia merupakan salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian dan keunikan sumber seperti gunung-ganang, sungai, tasik, lembah, kawasan pertanian dan penternakan serta desa di kaki pergunungan. Jika dilihat dari sudut topografi di negara Georgia, kebanyakan daerah di negara tersebut memiliki tanah berbentuk pegunungan. Negara tersebut mempunyai keempat-empat gua yang terdalam di dunia. Jadi tidak hairan lah ianya menjadi destinasi pendakian bagi para pengila pengembara. Disini Geng Jomventures ingin kongsikan empat gua yang anda perlu ketahui dimana ianya memiliki kedalaman yang sangat luar biasa dan menakjubkan di Georgia. Antaranya:

1. Gua Verevkina

Gua Verevkina yang terletak di Abkhazia, di wilayah Dataran Tinggi Arabica ini telah mencapai kedalaman sehingga 2,212 meter (7,257 kaki) dan secara tidak langsung ianya menjadi gua yang paling dalam di muka bumi ini. Pada awalnya, ekspedisi penerokaan gua tersebut dijalankan oleh sekumpulan anggota saintis yang dikenali sebagai speleoclub “Perovo”. Mereka telah mengenal pasti reka bentuk gua tersebut dimana terdapat celahan sempit berbentuk subhorinzontal. Apa yang menariknya lagi, di terminal akhir gua itu terdapat tasik biru yang indah yang mempunyai panjang sehingga 15 meter dan lebarnya sehingga 18 meter. Tasik tersebut juga dikelilingi oleh batu kapur hitam.

2. Gua Krubera

Merupakan gua kedua yang terdalam di bumi dan ianya juga dikenali sebagai Voronja. Gua ini terletak di salah satu gunung terbesar batu kapur di Barat Caucasus iaitu di Massif Arabika. Meskipun gua tersebut masih tidak diterokai sepenuhnya oleh para saintis, namun dalam pengeksplorasian kedalaman gua ini, para peneroka juga menemukan ‘harta karun’ berupa kolam berwarna biru jernih dengan batu-batu stalaktit yang menjuntai dari dinding gua. Pada tahun 2012, penyelam gua dari Ukraine Gennady Samokhin telah menemukan rekod kedalaman bagi gua Krubera iaitu mencapai sehingga 2,197 meter (7,208 kaki).

3. Gua Sarma

Gua Sarma adalah gua ketiga yang terdalam di dunia dan ditemui pada tahun 1990. Hasil penerokaan oleh pasukan yang diketuai oleh Pavel Rudko, kedalaman gua tersebut mencapai kedalamannya sehingga 1,830 meter (6,000 kaki) pada tahun 2012. Gua ini terletak di kawasan pergunungan Arabica. Yang menariknya tentang gua ini adalah terdapat pembentukan batuan yang sangat unik dimana ianya telah menarik perhatian orang di seluruh dunia.

4. Gua Illuzia-Snezhnaja Mezhonnogo

Yang terakhir ialah Gua Illizua iaitu gua yang terbahagi ke kepada dua, Illuzia (gua pertama), dan Snezhnaja (gua kedua). Ianya telah mencatat kedalaman lebih kurang 1,752 meter. Gua terdalam di dunia yang penuh dengan misteri ini lebih kurang sama Gua Krubera dimana ianya terletak dalam wilayah negara Georgia.

Nota: Sebahagian gambar adalah ilusi semata-mata.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *