Jepun Cipta Aiskrim Yang Tak Akan Mencair !

credit: kanazawaice via instagram

Ada ke aiskrim tak cair? Eh tipulah !

Kalau anda tak percaya, meh Geng JomVentures cerita serba sedikit tentang aiskrim yang unik ni.

Aiskrim di jepun ini walaupun diletakkan di bawah cahaya matahari ia tetap tak akan cair ya gais. Nak tahu apa rahsianya??

credit: kanazawaice via instagram

Untuk pengetahuan anda, Sebenarnya, bahan rahsia yang membantu aiskrim ini mengekalkan bentuknya adalah cecair polifenol yang diekstrak dari strawberi.

Menurut Pusat Penyelidikan Pembangunan Bioterapi yang berpusat di Kanazawa, penciptaan aiskrim ini adalah secara tidak sengaja ataupun tidak dirancang sama sekali.  Kisahnya bermula, dimana pada tahun 2011 yang lalu, Jepun masih lagi belum pulih sepenuhnya dari gempa bumi dan tsunami. Dalam pada itu, buah strawberi yang ditanam  tidak tumbuh seperti biasa. Malah, buah tersebut telah tumbuh dengan banyak dan pada akhirnya ia mengakibatkan pembaziran.

Seorang chef dari Jepun telah diarahkan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuat kajian. Kajian tersebut adalah mencari kegunaan buah strawberi yang tumbuh di kawasan yang terlibat dengan menggunakan ekstrak polifenol bagi menghasilkan pencuci mulut strawberi. Ketika para penyelidik meminta pendapat chef tersebut, dia menyatakan bahawa ekstrak itu menyebabkan krim itu pekat dan tetap mengeras. Sekumpulan saintis  kemudiannya cuba mengkaji keadaan tersebut dan mula mendapat idea untuk menghasilkan aiskrim yang tidak mudah cair. Disebabkan bahan yang digunakan datang dari alam semula jadi, ia telah mendapat tempat di kedai-kedai tempatan di Jepun untuk menjual aiskrim tersebut. Di Jepun, kedai aiskrim ini dikenali sebagai Konazawa Ice yang membawa maksud “aiskrim batang yang tidak mudah cair”.

credit: kanazawaice via instagram

Mereka juga membentuk aiskrim tersebut dengan pelbagai bentuk yang kreatif dari pelbagai watak kartun. Kecomelan variasi aiskrim tersebut mungkin akan membuat anda teruja dan sayang untuk memakan aiskrim tersebut!

Tapi malangnya, aiskrim ini hanya terdapat di bandar besar Jepun seperti Osaka dan Tokyo. Jangan sedih ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *