KEUNIKAN PAGODA DI JEPUN

APA ITU PAGODA?

Pagoda adalah satu bangunan yang dicipta secara bertingkat dan Pagoda ini kebiasaanya terdapat di negara-negara di Asia. Pagoda ini adalah simbol keagamaan bagi agama Buddha dan Hindu.

Pagoda ini mempunyai binaanya adalah bertingkat yang terdiri dari unsur batu bata, batu dan kayu.

Pagoda ini adalah satu bentuk monumen yang digunakan untuk menjaga keselamatan peninggalan agama. Pagoda ini adalah binaan yang berbentuk kecurut atau lebih dikenali lagi berbentuk kone.

Setiap negara Asia yang mempunyai pagoda ini mempunyai reka bentuk yang unik dan tersendiri. Pagoda yang paling unik adalah Pagoda yang dicipta oleh rakyat Jepun.

KEUNIKKAN PAGODA JEPUN.

Negara Asia seperti China dan Jepun mempunyai seni dan nilai tersendiri dalam membina binaan atau monumen keagamaan mereka. Tidak diragui China adalah negara yang terawal dalam pembinaan Pagoda ini kerana kita tahu bahawa negara Jepun banyak mengambil pengaruh dari China dari segi pelbagai aspek seperti tulisan. Keagamaan, seni bina bangunan dan lain-lain.

Tetapi walaupun Jepun banyak mengambil pengaruh dari China tetapi tidak kesemua nilai pengaruh itu diterapkan dalam kehidupan mereka. Kerana rakyat Jepun juga mempunyai nilai tersendiri yang membentuk seni dan budaya mereka.

Seperti pembinaan Pagoda walaupun dari segi mata kasar ianya tampak sama seperti pembinaan yang dibina oleh China tetapi jika kita perhalusi pembinaan seni Jepun kita akan dapati bahawa binaan pagoda Jepun lebih unik dan efisien.

Pembinaan Pagoda di Jepun ini mereka tidak menggunakan paku dan gam, bukan kerana orang Jepun ini tidak pandai menggunakan paku tetapi zaman dahulu material seperti besi amat susah untuk didapati.

Jika ada besi mereka akan menggunakan besi itu sebaik mungkin untuk perkara yang sangat penting sahaja seperti untuk membuat pedang samurai sebagai senjata pertahanan waktu zaman itu.

Jika kita lihat pada baju besi atau baju perang mereka pun kita akan dapati bahawa mereka sangat meminimum kan penggunaan besi pada baju mereka dan menggantikan salutan besi itu kepada kulit haiwan.

Berdasarkan perkara di atas kita boleh lihat yang mana orang Jepun pada wakyu tu sangat memggunakan besi pada perkara yang penting sahaja. Dari segi pembinaan dan kehidupan seharian mereka pada waktu itu mereka sangat susah untuk menggunakan material besi ini kerana amat susah untuk didapati.

MACAM MANA ORANG JEPUN BINA PAGODA?

Orang Jepun pada ketika itu membina pagoda dengan menggunakan sistem “Tanggam”. Anda semua mesti pernah dengar kan? Sistem tanggam ini juga ada digunakan untuk membina rumah tradisional melayu iaitu Rumah Minangkabau. Kalau anda semua lihat Rumah Minangkabau ni adalah salah satu rumah tradisional melayu yang menggunakan sistem tanggam, disebabkan itulah ianya kelihatan lebih kukuh.

Sistem tanggam ini digunakan oleh orang Jepun untuk membina Paggoda pada zaman dahulu. Bagi orang Jepun sistem tanggam ini akan membuatkan Paggoda ini lebih kukuh dan tidak mudah roboh dan ianya memudahkan untuk dibuka dan pasang semula.

KELEBIHAN PAGODA DI JEPUN

Uniknya Pagoda di Jepun berbanding Pagoda di negara asia yang lain adalah Pagoda di Jepun di bina adalah untuk bergoyang bersama gempa bumi yang sering terjadi di Jepun. Kita sedia maklum bahawa negara Jepun adalah negara yang berada di lingkaran api pasifik jadi akan selalu terjadinya gempa bumi dan bencana alam yang lain.

Jadi rakyat Jepun pada ketika itu telah membina satu sistem yang mana binaan Pagoda ini tidak akan runtuh jika gempa bumi dan bangunan Pagoda ini akan bergoyang mengikut gempa bumi yang terjadi tanpa merosakkan struktur pagoda tersebut.

Pagoda itu akan dibina secara bertingkat-tingkat jadi apabila gempa bumi terjadi makan setiap lantai akan mengelonsor dan ada satu tiang tunjang yang sangat besar yang mana kayu tunjang ini tidak bersambung dengan mana-mana struktur bangunan. Fungsi kayu ini adalah untuk menyerap goyangan gempa dari bawah tanah dan kayu ini akan bergoyang melawan arah goyang dari Pagoda. Dan teori ini di panggil “Snakes Dance” kerana ianya bergoyang seperti ular yang sedang bergerak.

Sebab itu Pagoda di Jepun sangat kurang yang rosak akibat berlakunya bencana alam, dan sampai sekarang Pagoda di Jepun masih kukuh berdiri walaupun sudah berusia ratusan tahun dan mengalami pelbagai tamparan dari bencana alam

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Abdullah seorang Tour Leader Jepun yang sangat berpengalaman yang kini berkhidmat bersama pasukan Jomventures Exploration.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *