Keunikan Roti Nan di Uygur Xinjiang

Apakah anda penggemar roti?

Anda mungkin boleh mencuba roti nan yang terdapat di Bandar Turpan semasa musim perayaan Aidilfitri selain juadah biasa yang anda nikmati. Menurut ahli arkeologi, makanan tersebut sudah wujud selama lebih dua ribu tahun dan agak popular di Semenanjung Arab, Turki dan Asia Barat. Kebanyakan mereka telah menjual roti nan tersebut sejak sekian lama.

credit: Bernama

Penduduk etnik Uygur mula-mula memanggil roti nan sebagai “aimaik”. Roti nan itu disebut “naan” atau (náng) Nan. Ia berbentuk rata dan dimasak dengan tepung gandum, bijan, bawang, telur, minyak, susu lembu, gula dan garam sebagai ramuan yang penting. Roti tersebut dimasak di dalam oven yang dikenali sebagai “tannur”.

credit: Far West China

Juadah tersebut boleh ditemui di di Jalan Tuanjie, wilayah Xinjiang China. Kawasan Tuanjie sepanjang lebih 600 meter, itu menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan juadah roti Nan. Pemilik kedai roti nan di Jalan Tuanjie, Ablimit Ablat, berkata sepanjang pagi Rabu sahaja, pendapatannya  melebihi RMB1,500 yuan (RM943). Menurutnya, sempena hari raya permintaan yang diterimanya juga lebih tinggi berbanding hari biasa.

Makanan tersebut sudah menjadi hidangan wajib untuk dinikmati pada setiap kali menjelang perayaan. Malah ia juga menjadi kegemaran rakyat pelbagai etnik di wilayah Xinjiang.

Menariknya lagi, Roti nan sangat sedap jika ramuannya ditambah dengan susu.              

credit : Gambar Tansuo Cultural Travel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *