Menuju ke Negara Maju? 8 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Dari JEPUN.

Apabila Hiroshima dibom oleh pihak tentera Amerika Syarikat ketika masa dahulu, pelbagai bibit yang mengatakan bahawa ini adalah pengakhiran untuk Tamadun atau Negara Jepun. Bagaimanapun mereka bangkit dari kejatuhan malah menjadi sebuah negara pesat membangun!

 

Selain daripada belajar dari kemajuan teknologi yang unggul. Pelbagai aspek yang kita mengambil pedoman untuk kearah negara yang maju. Berikut adalah lapan perkara yang kita boleh pelajari dari bangsa Jepun:

1. BERDISIPLIN TINGGI TERHADAP KOMITMEN

– Disiplin membentuk karakter. Jepun amat menerapkan etika berdisiplin didalam setiap perkara. Terutamanya apabila bekerja, kita akan melihat betapa bersungguh-sungguh mereka dalam pekerjaan yang dibuat oleh mereka.

2. MENGAMALKAN DAN BANGGA DENGAN BUDAYA

– Jepun mempunyai budaya yang tersendiri. Lagi-lagi dengan sejarahnya mereka adalah negara yang jauh dari negara lain. Itu yang membuatkan mereka hidup dan bangga dengan budaya mereka. Mereka amat meningkatkan elemen akhlak di kalangan mereka, terus ia melambangkan peribadi mereka yang disegani ramai.

3. JUJUR DAN AMANAH

– Sikap jujur dan amanah didalam pekerjaan “reflect” negara itu sendiri. Apabila berurusan dengan orang Jepun, mereka jujur dan amanah dalam melakukan kerja mereka. Ini adalah sikap terpuji yang boleh diambil contoh.

4. TIDAK MEMBUANG MASA

– Budaya Jepun menggangap membuang masa itu adalah perkara yang memalukan untuk diri mereka. Oleh itu, mereka akan mengisi masa mereka dengan membaca buku, main smartphone dan lain-lain.

5. OFFER SERVIS YANG BERKUALITI

– Tidak dinafikan, servis di Jepun memang sangat tiptop. Lagi-lagi anda akan nampak dengan mata sendiri apabila menaiki public transportation mereka. Andai kata sampai jam 7.45am, maka sampailah pada waktu 7.45am.

6. TIDAK “PROCRASTINATION”

– Malas adalah pembunuh untuk seala kemajuan. Rakyat Jepun terkenal dengan sikap tidak bertangguh yang membuatkan mereka dibentuk menjadi peribadi yang menghargai masa.

7. SENTIASA INGIN BELAJAR PERKARA BAHARU

– Kemajuan teknologi baru mereka memang tidak boleh disangkal kehebatannya. Mereka membangun bukan kerana mereka sudah pakar semua perkara, tetapi mereka BELAJAR PERKARA BAHARU sampai menguasainya.

8. TIDAK MENYERAH KALAH

– Apabila mereka kalah di perang dunia kedua. Ramai menganggap ia adalah pengakhiran untuk Japan. Tetapi tidak, mereka tidak menyerah dan sekarang menjadi diantara negara yang bertaraf dunia.

 

Semoga kita mengambil iktibar dan bersama-sama menuju ke sebuah negara yang bukan sahaja maju dari  sektor pembangunan, malah akhlak dan adab juga. Mari terokai budaya mereka bersama JomVentures.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *