Ada ke makanan Halal di Jepun?

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada dibumi, yang Halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
– Surah Al-Baqarah ayat 168

Hari ini Admin nak share sikit berkenaan makanan Halal di Jepun kerana banyak sangat soalan yang Admin dapat berkenaan makanan halal di Jepun ni. Jadi syukur Alhamdulillah admin rasa bersemangat lah nak share pada anda semua yang setia bersama kami ni

Sebenarnya di Jepun sekarang ni dah ada banyak dah makanan halal yang kita boleh dapati, lebih-lebih lagi di banda-bandar besar seperti Tokyo, Osaka, Hokkaido dan sebagainya, tak macam dulu-dulu.

Baru-baru ini pun negara Jepun dah mula mengorak langkah bagi memastikan makanan halal lebih mudah didapati oleh pelancong Muslim dari segenap lapisan dunia dengan mengadakan program seperti Halfest yang diadakan di Tokyo pada 27 November 2018 dan International Halal Conference (INHAC) di Osaka pada 22 hingga 23 April 2019. Jepun sekarang sedang giat dalam menwujudkan lebih banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh umat Islam.

Nak lebih mudah perjalanan anda sebagai seorang pelancong Muslim ni, saya sarankan anda muat turun aplikasi Muslim Pro di AppStore (Apple) atau PlayStore (Android) untuk lebih mudah mengetahui:

  • Waktu solat dan Qiblat
  • Restoran Halal terdekat
  • Masjid terdekat
  • Al-Quran
  • Dan sebagainya….
Sumber : https://www.muslimpro.com/

Walau bagaimanapun, tak semua tempat halal akan keluar dalam MuslimPro ni, jadi anda kena tahu juga cari maklumat lanjut di internet dan sebagainya. Ini hanya salah satu alat untuk memudahkan urusan anda. Jika di bandar-bandar besar seperti di Osaka dan sebagianya lebih mudah lah guna aplikasi ini.

Tak mengapa, mari Admin nak bagi list kedai halal yang kami recommend:

1. Naritaya Ramen (Asakusa)

Spicy Ramen
Deep fried Chicken

Ini admin sempat la buat Vlog sikit dengan Bro Hasan semasa di Kyoto haritu, makan Spicy Ramen di Naritaya ayam. Sedap sangat!! Kalau pergi Jepun wajib try!

  • Surau disediakan di sini
  • Status Halal oleh Japan Islamic Trust
  • Contact : +81 3-428-9806
  • Waktu operasi : Isnin-Sabtu (11AM-10PM) / Ahad (11AM-9PM)
  • Alamat : 2 Chome-7-13 Asakusa, Taito, Tokyo 111-0032, Japan

2. Naritaya Yakiniku Wagyu Halal

Sumber : fooddiversity.today

Di sini anda boleh makan Wagyu Halal sepuas hati anda, terletak sebelah je Naritaya Ramen tu. Walaupun harganya agak mahal la sikit tapi InshaAllah puas hati dan terbawa-bawa ke Malaysia kesedapannya tu. Daging di sini semuanya Halal dan tidak dihidangkan minuman ber-alkohol di sini

  • Contact : +07-5744-1350
  • Waktu operasi : 4PM-11PM
  • Alamat :  1F, 422-2, Rinkacho, Higashiyama-ku, Kyoto-shi, Kyoto 605-0062

Selain itu, admin nak tunjuk sikit makanan Halal yang admin “recommend” sangat kalau pergi ke Jepun ni untuk makan santai-santai atau buat ole-ole untuk kawan-kawan di Malaysia.

Boleh tengok list di bawah:

1. Bourbon Alfort (Biskut Kapal) – 100¥

Biskut ni sedap sangat! Biasanya buat ole-ole jugak hehe

2. Meiji Macadamia Chocolate – 600¥

Meiji Macadamia Chocolate ni favourite Admin, kacang dia sangat sedapp

3. Meiji Yogurt

Meiji Yogurt ni boleh dapatkan di mana-mana kedai seperti Family Mart, 7Eleven, Lawson dll.

4. Onigiri 7 Eleven dan Family Mart (¥100 – ¥150)

Sumber: Halal in Japan
*Status halal telah dikeluarkan oleh Halal In Japan 

Onigiri ni boleh la buat bekal untuk breakfast atau ke mana-mana, senang kalau tiba-tiba lapar boleh kunyah nasi lembut dengan rumpai laut hehe. Macam nasi pulut pun ade. Perisa tuna pun ade, salmon pun boleh

5. Susu Segar Morinaga (¥184)

Sumber : https://blog.halal-navi.com

Jadi sekian sajalah perkongsian admin untuk hari ini, sebenarnya banyak lagi makanan halal di Jepun ni, boleh juga google sahaja di internet “Halal food Japan” atau “Makanan Halal Jepun” pasti banyak jawapan

Walau bagaimanapun, jika anda sertai Pakej bersama Jomventures Exploration kami akan bawa anda ke tempat-tempat halal dan rekomendasi yang lebih detail

Alhamdulillah, jadi admin harap dengan perkongsian yang ringkas ni dapat membantu perjalanan anda di Jepun dengan lebih baik

Admin : Muhammad 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *