“PENGALAMAN BERPUASA DI LUAR NEGARA”

Credit:Astro Awani

Bercuti di bulan puasa mungkin bukan suatu pilihan bagi sesetengah orang. Namun bagi kaki travel , melancong di bulan Ramadhan merupakan cabaran juga kenikmatan serta adanya keunikan yang tersendiri. Pengalaman berpuasa di luar negara sememangnya akan menggamit kenangan yang istimewa terutama sekali di negara barat. Mereka yang berpuasa buat pertama kali pastinya akan merasai beberapa pengalaman yang jarang ditemui di tanah air. Ini kerana setiap negara mempunyai perbezaan waktu ketika berpuasa. Kalau kita di Malaysia kebiasaannya anggaran berpuasa sekitar 13-14 jam tetapi berbeza dengan negara lain.

East London Mosque


credit : pinterest

credit : remaja.my

Kalau dapat kita lihat di sebelah Eropah dan Utara Amerika mereka akan berpuasa sekitar 17-20 jam tapi kalau yang berada di bahagian utara akan berbuka lebih lewat berbanding bahagian tengah Eropah. Seperti di London, United Kingdom, umat islam perlu berpuasa lebih kurang 18-19 jam sehari, yang mana waktu berbuka lebih kurang jam 9 malam ke atas. UK merupakan antara Negara yang panjang waktu berbuka puasa di Eropah selain Sepanyol dan Turki di belakang Iceland yang waktu berpuasanya 21 jam. Dan dari waktu berbuka puasa, hanya lebih kurang 5 jam untuk melakukakan solat maghrib, solat isyak, solat tarawih, kemudian melakukan aktiviti lain dan kembali bersahur sekitar jam 3 pagi. Oleh itu, umat islam di sana rajin berbuka di masjid kerana kurang 6 jam saja tempoh yang tinggal antara waktu berbuka dan imsak. Kebanyakan makanan yang disediakan pula terdiri daripada menu timur tengah, Pakistan dan Turki.


Credit : Harian Metro

Jika di Jepun pula, seperti yang kita ketahui, Jepun dikenali sebagai “The Land of The Rising Sun”. Oleh itu, berpuasa di Jepun sebenarnya sangat lah mencabar kerana ianya berlaku pada musim panas dan waktu berpuasa ialah selama 16 jam. Bagi yang ingin ke Jepun atau yang sudah lama menetap di sana, mungkin inilah masalah terbesar yang perlu dihadapi setiap kali menjelang ramadhan di Jepun. Disebabkan waktu subuh yang agak awal berbanding Malaysia iaitu sekitar jam 3 pagi, mungkin agak mencabar untuk bangun sahur. Namun, sesetengah masjid di Jepun ada menyediakan juadah sahur seperti masjid di Fukuoka, anda juga boleh beriktikaf dan tidur di masjid. Pastikan anda bersahur untuk menghadapi waktu puasa yang panjang.

Masjid Kobe


Credit : pinterest

Masjid Tokyo Camii


Credit : pinterest

 Waktu Maghrib adalah sekitar jam 7 petang dan inilah waktu yang dinantikan setelah berpuasa selama 16 jam. Kalau ingin mengetahui bagaimana muslim di Jepun menyambut ramadhan, anda boleh ke masjid berdekatan untuk iftar di sana. Antara masjid yang terkenal ialah Masjid Tokyo Camii @ Masjid Tokyo dan Masjid Kobe. Selain itu, kalau ingin merasai pengalaman solat tarawih di Jepun, kebanyakan masjid di sana ada menyediakan jadual untuk solat tarawih. Dan juga anda boleh cek untuk menyertai aktiviti-aktiviti di masjid pada bulan ramadhan serta mengambil peluang ini untuk berkenalan dengan warga muslim di Jepun.

Ini adalah pengalaman yang dapat di kongsikan bersama. Berpuasa di luar negara sememangnya berbeza dengan di Malaysia dan pastinya akan merindui detik-detik berpuasa di tanah air sendiri kerana adanya bazaar ramadhan dan waktu berpuasa juga tidak terlalu panjang. Tapi inilah masanya untuk merasai pengalaman berpuasa di negara orang bak kata pepatah “jauh perjalanan luas pengalaman”. Maka, kalau sesiapa yang ingin ke luar negara pada bulan puasa, pastikan anda membuat persiapan yang rapi semasa sahur supaya dapat menjalani aktiviti harian dengan bersemangat dan sihat.

Artikel ini ditulis oleh Najihah Azli seorang pelajar UITM yang kini sedang menjalankan latihan industri bersama pasukan Jomventures Exploration.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *