PENGALAMAN YANG MEMBERI KESAN YANG MENDALAM KETIKA MENGEMBARA KE JEPUN.

Seperti yang kita semua tahu Jepun adalah satu negara yang maju dan mempunyai teknologi yang sangat canggih. Selain itu Jepun mempunyai pengangkutan yang sangat efisien dari segi kemudahan yang disediakan. Jepun juga terkenal sebagai negara yang sangat bersih, di sini saya akan kongsikan pengalaman yang memberi kesan yang baik kepada diri saya semasa mengembara ke Jepun.

1.Laluan kereta api yang sangat efisien dan mudah.

Jujur untuk saya katakan di sini saya seorang yang sangat lah kurang pandai dalam menaiki pengangkutan awam. Semasa di Malaysia saya sangatlah takut untuk menaiki pengangkutan awam lebih-lebih lagi menaiki KTM atau LRT, bagi saya menaiki kenderaan seperti kereta api dan seumpamanya adalah sangat menyusahkan diri saya. Kerana saya perlu untuk menghafal laluan laluan yang mereka lalui supaya saya tidak turun pada perhentian yang salah.

Jadi sebelum saya mengembara ke Jepun saya rasa sangat takut kerana di Jepun pengangkutan utama adalah kereta api. Jadi saya perlu membiasakan diri untuk menaiki pengangkutan awam . Setelah sampai di lapangan terbang Kansai,Osaka, saya terus menaiki kereta api yang menuju ke penginapan saya yang berada di Osaka. Saya ditemani sahabat saya yang telah tunjuk ajar saya cara menaiki kereta api di Jepun. Dalam hanya 3 hari di Osaka saya dapat membiasakan diri untuk menaiki pengangkutan awam di Jepun. Pada pendapat saya kereta api di Jepun sangat mudah untuk digunakan dan ianya sangat efisien kerana laluan kereta api tersebut berhubung dengan semua tempat tempat penting dan kebanyakan laluan kereta api tersebut bersambung dengan tempat-tempat penting di Jepun ini contohnya tempat membeli belah, pejabat kerajaan dan pusat pelancongan.

yerko lucic by Unsplash

  2. Negara yang tak banyak tong sampah dan kurang sampah.

Saya mempunyai pengalaman mengembara ke Jepun lebih kurang 3 kali, dalam pemerhatian saya negara Jepun ini adalah negara yang sangat bersih. Tidak dinafikan ada sesetengah tempat yang nampak kotor dan tidak bersih tetapi kebanyakan tempat di Jepun ini adalah sangat bersih. Pernah tular dahulu longkang di Jepun di penuhi ikan koi iaitu ikan yang sangat unik bagi rakyat, ada penduduk di Jepun yang memelihara ikan koi di longkang rumah mereka menunjukkan bahawa longkang mereka sangat lah bersih.

Selama saya berada di Jepun saya perhatikan bahawa di Jepun sangat jarang kita jumpa dengan tong sampah, kalau anda semua nak buang sampah anda perlu mencari kedai serbaneka dan tempat-tempat tertentu sahaja mempunyai tong sampah, dan tak semua kedai serbaneka menyediakan tong sampah. Dan yang uniknya Jepun ini walaupun tong sampah tak banyak tapi kita tidak akan  nampak orang Jepun membuang sampah di merata rata tempat.

  3. Budaya simpan sampah dalam bag atau poket

Antara budaya rakyat Jepun yang paling memberi kesan pada diri saya adalah budaya rakyat Jepun yang menyimpan sampah di dalam beg atau poket dan membuangnya sehingga jumpa tong sampah. Budaya ini bagi saya sangat lah memberi kesan pada diri saya kerana bagi saya sebagai rakyat Malaysia budaya ini sangat jarang dipraktikkan dalam negara kita. Tetapi budaya seperti ini sangat sinonim dengan rakyat Jepun kerana mereka telah dididik untuk menjaga kebersihan dan berdisiplin sejak kecil lagi. Budaya ini sangat bagi saya ianya sangat bagus untuk dipratikkan di mana mana, dan sampai sekarang budaya ini saya pratikkan walaupun saya sudah kembali ke Malaysia. Dan harapan saya supaya seluruh rakyat Malaysia dapat mengamalkan budaya yang baik ini kerana bagi saya dengan mengamalkan budaya yang baik seperti akan mendatang kan manfaat kepada negara kita ini.

Gary Chan By Unsplash

Natijah yang saya boleh katakan di sini adalah apabila kita berpeluang untuk mengembara ke negara negara luar maka ambil lah peluang untuk mempelajari budaya mereka yang baik untuk dijadikan sebagai pengajaran yang baik dalam kehidupan kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *