Pengembaraan Jomventures Exploration

Pejam celik sudah dua tahun Jomventures Exloration bertapak dalam industri pengembaraan yang berteraskan ‘halal travel’ ini. Di sepanjang tempoh ini, kami bersyukur masih di diterima sebagai salah satu ‘travel buddy’ anda. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan semua rakan taulan dan peserta trip terbuka atau trip persendirian di sepanjang tahun 2017.

Tanpa sokongan semua, pasti mustahil untuk Jomventures berkembang ke satu tahap yang lebih baik. Dengan membawa aspirasi ‘kerana kita pengembara’, kami di Jomventures Exploration ingin membawa kelainan dalam pengembaraan atau percutian. Dengan menjadi ‘pengembara’ bukan sahaja gambar yang dapat anda abadikan ketika trip, bahkan hasrat kami agar kita mendapat manfaat dari sudut kefahaman terhadap perbezaan budaya dan agama di setiap destinasi yang di lawati.

Seandainya terdapat kekurangan ketika trip-trip yang lalu sama ada di Turki, Eropah, Korea Selatan dan Jepun, kami memohon maaf dan komited untuk menjadi yang lebih baik. Berilah peluang kepada anak-anak muda yang bersemangat ini untuk terus mewarnai landskap ‘halal travel’, membawa lebih ramai warga Malaysia melihat sisi-sisi positif yang ada di luar sana.

Terima kasih semua. Dari Team Jomventures

 

TweSwe @Pixabay

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *