RESTORAN MAKANAN JEPUN YANG HALAL DAN BEST DI OSAKA KANSAI AIRPORT, JEPUN

Bila melancong ke luar negara ini, kita sebagai orang muslim walaupun ke mana sahaja kita pergi semestinya inginkan makanan yang halal, jika kita ke negara yang majoriti islam alhamdulillah sangat mudah untuk kita mencari yang makanan yang bersih dan diyakini halal.

Tetapi bagaimana pula jika kita melancong ke negara bukan Islam yang mana penduduk tempatan kebanyakan nya adalah tidak muslim ? Ini akan menjadi sesuatu cabaran yang susah untuk kita sebagai pelancong atau pengembara.

Tidak banyak restoran atau tempat makanan yang disediakan untuk orang muslim seperti kita ini jika kita melancong ke negara yang bukan penganutnya Islam.

Jadi artikel kali ini saya akan kongsikan satu restoran yang halal dan terbaik yang anda semua boleh kunjungi bila sampai di lapangan terbang Osaka Kansai, Jepun.

THE U-DON

Credit: Azyyati Liah

THE U-DON adalah restoran yang menyediakan makanan Jepun yang halal, bukan sahaja orang muslim sahaja yang boleh makan di sini malahan kebanyakan “non-muslim” juga suka makan di restoran ini. Kenapa “non-muslim suka restoran ini?

Kerana restoran ini selain menyediakan makanan yang halal ia juga masih mengekalkan konsep restoran Jepun yang asli jadi ianya menjadi tarikan kepada semua golongan termasuk pada golongan non-muslim.

The U-DON dapat sijil halal?

Restoran ini telah dapat pengiktirafan sijil halal daripada MHCT iaitu Malaysia Halal Consultancy & Training Agency. Jadi jngan risau dan bimbang restoran ini mendapat sijil yang sah dari pada Malaysia sendiri .

Credit : Halal Media Japan

Menu yag ada di The U-DON

Menu yang disediakan disini adalah menu tradisional Jepun yang asli. Jadi anda boleh menikmatiny rasa asli masakan Jepun yang halal tanpa ragu.

Antara menu utama disini adalah:

  1. Beef Bowl
  2. Sobu-sobu
  3. Tempura udang
  4. Ramen tempura
Credit : The Journey of Ujongbilla

Jadi kalau anda semua sampai di Kansai airport, jangan lupa singgah di Restoran THE  U-DON ini jangan “Best Seller” disini adalah “Beef Bowl”. Jangan lupa untuk singgah dan rasa makanan asli Jepun yang halal.

Lihat gambar ini, peserta kami begitu teruja bila kami bawa mereka restoran THE U-DON ini sebelum mereka pulang ke Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *