Sejarah dan latar belakang BULLET TRAIN JEPUN

Bullet train atau dikenali sebagai Shinkansen amat terkenal dan dikenali di Jepun. Didalam post ini akan diceritakan latar belakang pembuatan bullet train.   Selepas kekalahan perang dunia kedua, Jepun nampak seakan jatuh di mata dunia. Pada tahun 1964, negara Jepun telah membuka mata dunia dengan ciptaan “Bullet Train” mereka yang mengalahkan teknologi negara lain seantero dunia ketika itu.

Hideo Shima, iaitu pengasas bullet train pertama memulakan construction bullet train pada tahun 1959. Pembuatan membuka masa selama lima tahun untuk siap. Pada 1 Oktober 1964, tepat masa sebelum Olimpik Japan bermula, Shinkansen ataupun Bullet Train telah selamat dirasmikan beroperasi bermula dari Osaka-Tokyo.   Pada awal rekaan, kelajuaan bullet train bermula dari 200km/hr. Seterusnya diupgrade ke 220km/hr pada tahun-tahun berikutnya. Kelajuan rekod dunia pernah diambil yang menjangkaui selaju 581km/hr! Memang sangat pantassss! Sekarang pula, kelajuan average adalah selaju 300km/hr. Masa yang diambil diantara dua bandar besar di Jepun iaitu Osaka dan Tokyo yang jaraknya lebih 500km hanya mengambil selama 2jam 30minit sahaja. Yang paling best anda akan nampak sightseeing Mount Fuji didalam perjalanan bullet train tersebut.

Crew kami bergambar dengan bullet train

Anda ingin merasai kelajuan bullet train sekali seumur hidup? Anda boleh mengikuti pakej Tokyo-Osaka kami pada 12-17 December 2018 ini. Jom merasai kehebatan bullet train bersama kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *