Siapa Mahu Wifi Percuma ketika dalam ‘Flight’?

Minggu lalu, Syarikat Penerbangan Airasia mengumumkan akan memberi akses kepada perkhidmatan ‘in-flight Wifi’ mereka secara PERCUMA kepada ahli Airasia BIG LOYALTI.

Bagi yang tidak tahu, program Airasia BIG LOYALTI ini merupakan program ‘reward’ dari Airasia sendiri. Apabila anda terbang bersama Airasia, anda akan diberikan mata ganjaran yang boleh ditukarkan kepada untuk ‘redeem’ flight pada masa akan datang.

Berbalik pada cerita FREE WIFI ini, untuk menggunakan perkhidmatan ini, ketika anda dalam penerbangan tertentu, login sahaja menggunakan BIG ID anda. Sebanyak 2MB data diberikan khas untuk kegunaan perkhidmatan ‘social messaging service’ seperti Whatsapp, WeChat dan Telegram.

2MB macam tak cukup kan? Di harapkan abang Tony Fernandes dapat bagi lebih data percuma untuk kita pelanggan setia ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *