“SUKAN MUSIM SEJUK”

Sukan musim sejuk begitu popular dalam kalangan negara yang mempunyai musim sejuk. Terdapat beberapa tempat yang lebih baik untuk menikmati sukan ais seperti di Sweden sehinggakan seminggu setiap tahun di sana yang dipanggil “sportlov” yang bermaksud “istirahat sukan” dan sehinggakan sekolah ditutup dan orang ramai mengambil masa seminggu untuk menikmati beberapa aktiviti sukan ais. Selain itu, Jepun juga merupakan tempat yang terkenal untuk melakukan aktiviti sukan ais dan terdapat banyak resort yang menyediakan aktiviti seperti ini. Antara aktiviti sukan ais yang boleh dilakukan di pada musim sejuk ialah :

1. Luncur ais (ice skating)

Sukan musim sejuk yang boleh dinikmati dengan mudah di kawasan bandar adalah luncur ais. Terdapat gelanggang luncur ais (skate ring) yang beroperasi sepanjang tahun seperti di Takadanobaba, Tokyo dan Yokohama, Kanagawa. Kasut luncur boleh disewa di gelanggang dan kebanyakkan tempat mewajibkan pemakaian sarung tangan untuk mengelakkan dari tercedera. Dalam gelanggang kebiasaannya terdapat arah luncur yang telah ditetapkan, jadi patuhilah arahan yang telah ditetapkan agar tidak meluncur ke arah bertentangan.

2. Ski (Luncur papan salji)

Ski ialah antara aktiviti sukan ais yang paling digemari ramai. Jika ingin melakukan aktiviti ini, anda boleh ke tempat popular seperti di Tokyo, Jepun. Ianya terkenal sebagai kawasan yang boleh menikmati salji serbuk (powder snow). Niseko di Hokkaido juga sangat popular di kalangan pelancong asing kerana kualiti salji serbuk yang baik.

3. Dog sledding

Aktiviti ini sangat popular di utara di Lapland di atas Arctic Circle yang merupakan kereta luncur yang ditarik oleh satu atau lebih anjing. Aktiviti ini boleh meliputi lebih kurang 40km (24.9 batu) sehari. Mereka yang baru untuk sukan ini di nasihatkan untuk mengupah pemandu agar tidak terjadi sebarang kemalangan.

4. Snowshoe trekking

Pengalaman kembara salji dengan memakai kasut salji (snowshoe) dapat dirasai dengan mudah tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Snowshoe ini menjadikan anda berdiri tegak di kawasan bersalji dan menjadikan ianya sebagai senaman dengan berjalan. Anda hanya memerlukan banyak latihan untuk berjalan kaki di atas snowshoe . Antara tempat yang popular untuk aktiviti snowshoe trekking ialah di Amerika Syarikat dan Eropah Timur.

 5. Snowboarding

Aktiviti ini melibatkan menuruni cerun yang diliputi salji semasa berdiri di atas papan salji dengan menggunakan boot khas. Aktiviti ini terdapat di mana-mana negara yang mempunyai musim sejuk seperti di sekitar Hungary . perkampungan puncak bukit Pilisszentkereszt sering dianggap sebagai tempat yang tidak pernah menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik , tetapi tempat ini sangat ideal untuk dikunjungi jika ingin melakukan aktiviti snowboarding.

Jika di Tokyo, terdapat banyak pakej rombongan bas murah yang lengkap dengan set kupon, penginapan dan sebagainya. Jika anda ingin merasai pengalaman melakukan aktiviti sukan ais, anda boleh ke mana-mana negara yang mempunyai musim sejuk seperti Jepun, Switzerland, Sweden, Australia dan lain-lain.

Artikel ini ditulis oleh Najihah Azli seorang pelajar UITM yang sedang menjalankan latihan industri bersama pasukan Jomventures.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *