Tips menarik untuk anda tampil cantik dalam gambar!

Seperti yang kita tahu, ramai orang yang mengidam idamkan untuk mempunyai gambar yang cantik apabila berada di dalam kamera. Bagi Geng Jomventures, kalau tidak cantik atau cantik nya seseorang itu, bukan sahaja dengan kemahiran seseorang untuk menangkap gambar tersebut, malah cara gaya tersendiri juga sudah pasti akan menghasilkan gambar yang menarik.

Geng Jomventures tahu pasti ramai yang menghadapi situasi “nak bergaya macam mana eh”, “selalu ini sahaja gaya yang saya tahu”, “gaya macam ni okay ke” dan banyak lagi. Betul tak?

Sememangnya apabila kita melancong di sesebuah negara, terdapat banyak tempat yang menarik untuk dijadikan latar belakang, namun gaya apakah yang bagus untuk anda tampil menyerlah dalam gambar tersebut. Mari kami kongsikan tips nya!

Mungkin gaya ini boleh memberi idea atau gambaran kepada anda sebelum melancong ke negara yang anda ingin tuju.

credit: @sheilamlptr via Instagram

Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru, mungkin anda boleh cuba gaya ala ala hipster ini. Pastikan anda berani untuk tampil menyerlah di hadapan orang ramai. Gaya ini mungkin boleh dipraktikkan di kawasan tarikan yang mungkin berlatarkan kawasan yang dipenuhi tangga, kereta, dan sebagainya.

credit: @sheilamlptr via Instagram

Mungkin bagi anda, melindungi diri dari sinaran cahaya matahari adalah lebih baik terutamanya jika anda berkunjung ke negara yang cuaca nya agak panas. Namun, sebenarnya ini lah masa terbaik anda kerana kesan cahaya tersebut sangat membantu anda untuk mendapatkan gambar yang sangat cantik. Pastikan anda berada pada kedudukan di hadapan matahari. Anda juga boleh menggayakan cara ini ketika musim salji ya.

credit: @inikiranaaa__ via Instagram

Kami pasti, ramai yang tidak asing lagi dengan gaya yang kelihatan natural dan sopan ini. Ianya pasti mudah dipraktikkan dimana sahaja anda berada dan mungkin hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.

credit: @yurezalina via Instagram

Posing ala-ala sedang memegang kasut pasti akan menggamit suasana seakan-akan gaya “candid”. Mungkin gaya ini boleh dipraktikkan ditengah- tengah bandar, dengan berlatarkan prop seperti bangunan.

credit: @lupitadewief via Instagram

Dan anda mungkin juga meminati gaya elegan ini sambil menikmati makanan yang disediakan.

credit: @ootd_hijabkeceh via Instagram

Siapa kata di dalam pasaraya tidak sesuai untuk bergambar? Anda mungkin boleh bergaya dengan cara ini ketika sedang membeli barang keperluan. Beli barang sahaja tidak cukup ya, pastikan anda juga dapat mengambil peluang untuk bergaya di pasaraya luar negara. Perasaannya pasti berbeza!

credit: @inikiranaaa__ via Instagram

Anda mungkin juga akan meminati gaya santai ini kerana ianya pasti membuatkan anda kelihatan “Cool. Gaya ini bukan sahaja boleh dipraktikan di kawasan seperti ini, ianya juga boleh dilakukan dengan berlatarkan dinding, di atas jambatan, di kawasan pusat membeli belah dan sebagainya.

credit: @ootdhijabrok_id via Instagram

Yang terakhir, sekiranya anda bercuti di pantai atau pulau, mungkin juga gaya ini boleh dipraktikkan di kawasan tersebut dengan berlatarkan langit biru. Pasti ianya akan membuat gambar anda tampil menyerlah dengan keyakinan seperti ini.

Disini juga, Geng JomVentures juga ingin kongsikan tips penting :

Jika anda ingin mendapatkan gambar yang cantik, pastikan sudut kamera yang dicari adalah sesuai contohnya, tidak terlalu dekat dengan kita, ataupun pastikan sudut di bawah lebih kecil dari atas iaitu ambil dari bawah ke atas untuk anda kelihatan lebih tinggi. Pastikan juga, kawalan kesan cahaya dalam gambar tersebut kerana ianya juga menjadi salah satu faktor yang memainkan peranan penting apabila anda ingin mengambil gambar. Kalau anda mahukan hasil yang lebih baik juga , mungkin anda boleh mengedit gambar tersebut menerusi aplikasi yang anda boleh dapati di Googlestore, AppStore seperti, Vascocam, PicArt, Lightroom dan sebagainya bagi memberi kesan terbaik untuk gambar OOTD anda.

Jadi apa tunggu lagi, mungkin tips yang diberikan akan memberi inspirasi kepada anda untuk mendapatkan gambar yang terbaik.

Selamat mencuba!

Credit: gambar paling atas epicgirllondon via Instagram


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *