TOP 5 TEMPAT TERBAIK UNTUK MELIHAT SAKURA DI TOKYO & OSAKA

Musim terbaik untuk berkunjung ke Tokyo mahupun Osaka di Jepun? Pastinya anda tidak boleh menafikan musim bunga (spring) lebih-lebih lagi ketika mekarnya bunga sakura ini adalah musim terbaik untuk berkunjung ke Jepun.

Bunga sakura atau ‘cherry blossom’ sememangnya sinonim dengan negara Jepun. Orang Jepun menyambut kehadiran musim bunga sakura ini dengan pelbagai aktiviti dan sambutan yang cukup hebat. Sehinggakan, wujudnya pelbagai jenis snek makanan dan minuman seperti Kit Kat edisi sakura, Coke edisi sakura dan macam-macam lagi.

Kehadiran bunga sakura ini hanya mekar sekitar 10 hari sahaja dalam setahun. Ini menjadikan, masyarakat di sini begitu tertunggu-tunggu kehadiran bunga ini yang dianggap seperti ‘rahmat’ selepas mengharungi musim sejuk selama berbulan-bulan.

Waktu terbaik untuk melihat sakura di Jepun :

  • Tokyo, Osaka dan kawasan sekitarnya (penghujung Mac hingga awal April)
  • Fuji dan kawasan sekitarnya (1 minggu selepas bermulanya musim sakura di Tokyo)
  • Sapporo, Hokkaido dan kawasan sekitarnya (penghujung April hingga awal Mei)

Mari kita lihat TOP 5 lokasi kegemaran kami ketika musim bunga sakura di Jepun.

(1) Taman Chidorigafuji (Tokyo)

Ini adalah antara lokasi yang paling menarik dan cantik di Tokyo. Terletak bersebelahan Tokyo Imperial Palace. Lebih menarik, selain sekadar berjalan-jalan di sekitar taman, anda juga boleh menyewa bot di sini. Sangat romantik dapat mendayung sampan di temani pohonan sakura yang indah.

Taman Chidorigafuchi (Tokyo)

(2) Taman Ueno (Tokyo)

Sebuah taman awam yang besar terletak bersebelah stesen kereta api Ueno (Metro / JR). Bukan sekadar sebuah taman yang biasa, di perkarangan taman ini juga anda berpeluang lawati Zoo Ueno dan beberapa buah muzium yang menarik untuk dilawati.

Taman Ueno (Tokyo)

(3) Taman Sumida, Asakusa (Tokyo)

Sebuah taman yang terletak bersebelahan Sungai Sumida yang bersih dan cantik. Di sini juga anda boleh mencuba pakaian tradisional Jepun, kimono dengan kadar sewaan sekitar 3000-4000 yen (sekitar RM120). Tidak jauh dari taman ini juga adalah kawasan Sensoji Temple yang merupakan tempat membeli cenderamata yang terbaik di sini iaitu sepanjang jalan Nakamise.

Taman Sumida, Asakusa (Tokyo)

(4) Taman Istana Osaka (Osaka Castle Park)

Seperti juga di Taman Chidorigafuchi yang terletak bersebelahan Tokyo Imperial Palace, Osaka Castle Park ini adalah taman awam yang paling cantik di Osaka (sekurang-kurangnya bagi kami). Bukan sahaja cantik pada musim sakura, bahkan sepanjang tahun, kawasan Osaka Castle ini adalah ‘must visit place’ di Osaka.

Osaka Castle (Osaka)

(5) Sungai Katsura di Arashiyama (Osaka)

Salah satu tarikan utama di Arashiyama, Kyoto adalah hutan buluh (Arashiyama Bamboo Forest). Di sepanjang sungai Katsura yang terletak tidak jauh dari stesen kereta api Arashiyama (laluan Hankyu) sangat cantik dengan deretan bunga ini. Semestinya wajib berswafoto di sini.

Sungai Katsura, Arashiyama (Osaka)

Semoga ‘hotspot’ sakura kegemaran kami ini menjadi inspirasi buat anda yang bakal berkunkung ke Jepun pada musim bunga sakura kali ini.

Anda masih tercari-cari pakej Kembara Musim ke Jepun pada musim sakura kali ini? Kami hanya ada beberapa kekosongan terakhir untuk pakej berikut :

Tokyo & Fuji 5H4M
(1) 16-20 Mac (cuti sekolah) [PENUH]
(2) 21-25 Mac (sakura) [7 kekosongan]
(3) 4-8 Apr (sakura) [5 kekosongan]

Osaka 5H4M
(1) 14-18 Mac (cuti sekolah) [PENUH]
(2) 25-29 Mac (sakura) [9 kekosongan]

Tokyo & Osaka 6H5M
(1) 28-2 Apr (sakura) [7 kekosongan]
(2) 30-4 Apr (sakura) [PENUH]
(3) 4-9 Apr (A) [PENUH]
(4) 4-9 Apr (B) [PENUH]

Ekspres Jepun 8H6M
Hokkaido – Tokyo – Fuji – Osaka
(1) 29-5 Apr (sakura) [6 kekosongan]


Hubungi konsultan kami untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. 016-436 5642 (Abdullah) / 011-1147 5642 (Muhammad) / 019-472 5642 (Khuzairi) / 019-424 5642 (Hasan)

Klik di sini untuk whatsapp : https://jomventuresjepun.wasap.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *