Top Instagrammable Spot di Johor

Sekiranya anda menginginkan pemandangan dan ketenangan yang jauh dari bandar, ini dia 3 top Instagrammable spot di Johor yang Geng Jomventures ingin kongsikan kepada anda:

1. Putuo Village

Putuo Village merupakan salah satu sebuah tarikan pelancongan yang baru dimana ianya merupakan tarikan bersumberkan hutan buluh.

Bagi pengemar yang sukakan kawasan yang dikelilingi dengan “nature”, Putuo Village adalah salah satu destinasi menarik yang anda boleh jejaki di Johor. Untuk pengetahuan anda, kawasan ini kaya dengan sejarah tentang budaya Buddha di Malaysia. Bukan itu sahaja, disini banyak program-program kebudayaan tradisional yang menarik dipersembahkan kepada pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

2. Sungai Rengit Jetty

Bagi pencinta gambar, jeti terbengkalai di Johor ini pasti sempurna untuk dijadikan latar belakang untuk Instagram. Anda juga boleh menikmati suasana seperti peninggalan kuno dengan melihat pemandangan susunan batu lama di kawasan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Jeti Sungai Rengit ini merupakan sebuah jeti yang lama di mana pada asalnya kawasan tersebut terdiri daripada sebuah perkampungan nelayan. Ia juga terlihat seperti peninggalan kuno kerana terdapat pelbagai tiang keluli hasil dari sisa-sisa jeti yang terbengkalai. Kawasan tersembunyi ini terletak di Kota Tinggi, Johor dan berhadapan dengan Kuil Guan Yin.

Selain pemandangan laut yang mempesona, Jetty sungai rengit ini juga terkenal dengan restoran makanan laut. Jika anda merupakan peminat makanan laut seperti lobster mungkin di sini tempat terbaik untuk anda mencuba makanan tersebut!

3. Pulau Rahsia

Yang terakhir ialah Pulau Rahsia di Mersing, Johor. Bagi yang masih belum tahu, Mersing merupakan salah satu tempat di Johor yang sememangnya kaya dengan beberapa keindahan pulau. Jadi jika anda sememangnya suka tempat berlatar belakangkan pemandangan indah air laut yang kebiru-biruan, ini lah tempat yang sesuai untuk anda mengembara di Johor. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti snorkeling, “cliff jump” disini untuk menikmati pemandangan hidupan batu karang yang unik dan istimewa.

Sekiranya anda ingin mendapatkan “view” yang lebih cantik, anda juga boleh mendaki dalam 15 minit sampai ke puncak untuk bergambar dengan keindahan satu pulau ini. Ianya pasti tidak akan mengecewakan anda!

Credit gambar: johorfoodie, GoPro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *