Trip Persendirian (Private) bersama Rahmat Mega ke Jepun

Pada hujung Januari yang lalu (29 Jan – 3 Feb 2018), Jomventures Exploration berbesar hati untuk membawa keluarga penyanyi terkenal tanah air, Rahmat Mega ke Jepun bersama keluarga tercinta. Trip Persendirian ini membawa keluarga Abang Rahmat ke Tokyo, Osaka dan Kyoto yang sememangnya merupakan destinasi lawatan ‘paling digemari’ di Jepun.

Trip ini bermula di Tokyo dengan penerbangan Airasia X. Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 lapangan terbang utama di Tokyo iaitu Tokyo Narita Airport dan Tokyo Haneda Airport. Kedua-duanya menawarkan penerbangan antarabangsa ke pelbagai destinasi di seluruh dunia. Dari segi jarak, Haneda Airport lebih dekat dengan Bandaraya Tokyo (lebih kurang 30 minit untuk ke Central Tokyo). Manakala Narita Airport jaraknya lebih kurang 1 jam untuk ke Central Tokyo dengan menaiki kereta api.

Jadi penting sebagai pengembara, yang ingin mengembara sendiri ke Jepun untuk mengetahui laluan syarikat penerbangan sama ada mendarat di Narita atau di Haneda. Bagi yang menggunakan perkhidmatan Airasia X, penerbangan anda akan tiba di Tokyo Heneda. Kebanyakan penerbangan lain seperti Malaysia Airlines dan Japan Airlines akan mendarat di Narita Airport. Rancanglah perjalanan anda sebaik mungkin untuk mengelakkan pelbagai masalah atau kelewatan yang akan timbul.

Trip persendirian ini berlangsung selama 6 hari 5 malam yang merangkumi Tokyo, Osaka dan Kyoto. Untuk trip ini peserta akan bermalam di Tokyo selama 3 malam dan selebihnya lagi 2 malam bermalam di Osaka. Laluan 6 hari 5 malam ini adalah laluan ‘standard’ Jomventures untuk trip terbuka kami yang akan berlangsung pada :

P/S : Jangan lupa untuk sertai Geng Jomventures. Hanya masukkan email di bawah. Jadi yang terawal untuk menerima ‘Kisah Kembara’ kami yer.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *